Ibarat
kisah jejak kasih tercetus apabila sepasukan pegawai sumber manusia dan
kewangan dari ibu pejabat melawat ke pejabat-pejabat biro di Perlis, Kedah dan
Pulau Pinang mulai semalam.
Sebelum
mereka bertolak ke Kangar pagi ini, seorang pesara Bernama yang telah lama cuba
dijejaki datang ke hotel penginapan mereka di Alor Setar, mengembalikan nostalgia
bagi mereka yang saling mengenali.
Setelah
sekian lama, bekas pembantu am pejabat di biro Pulau Pinang, Rosli Nayan yang bersara
pada 1 Januari 2013 bertemu semula dengan saudara Azeman Ariffin, yang menjadi
ketua biro berkenaan ketika itu.
Rosli,
52, kini menetap di Jitra dan bekerja kampung.
Beliau
menyertai Bernama pada November 1984 dan berkhidmat selama 28 tahun sebelum
membuat kuputusan bersara pilihan.
Sempena
pertemuan itu, Azeman yang kini Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran
menyerahkan sijil dan hadiah pesara kepada Rosli yang sebelum ini tidak dapat
dihubungi.
Setelah
melawat Biro Perlis pagi ini, rombongan itu mengunjungi Editor Foto Adnan
Jahaya yang sedang bercuti sakit di rumahnya
di Taman Bukit Kayangan, Kangar.
Selain
Azeman, turut menyertai pasukan pelawat itu ialah Pengurus Kanan Kewangan dan
Akaun Puan Sharifah Zaini Syed Zain, Pengurus Bahagian Sumber Manusia Mariati
Arif, Pengurus Harta dan Pentadbiran Hasni Farlina Abd Hasim dan Pengurus Kanan
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Abdul Halim Hafiz.
Lawatan
ke biro itu bertujuan melihat keadaan pejabat, kebajikan petugas serta
mendengar sebarang isu berkaitan sumber manusia, pentadbiran, harta dan
kewangan.
Ia
juga bertujuan membuat naziran dengan menyemak rekod kehadiran petugas, rekod
cuti, fail meja dan menambah baik carta organisasi biro.
Biro-biro
juga dimaklumkan mengenai cadangan untuk memasang alat pengecam ibu jari untuk
rekod kehadiran petugas di semua biro.
Alat
itu dicadang dipasang pada bulan Disember untuk dikuatkuasa penggunaannya pada
bulan Januari depan.
No comments:
Post a Comment