Liputan
Bernama secara langsung menerusi Facebook petang ini membolehkan penonton
menyaksikan misi bantuan kemanusiaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi mangsa gempa bumi dan tsunami di
Sulawesi, Indonesia.
Liputan
yang dikendalikan Ketua Meja Jenayah Bernama, Amrizan Madian memperlihatkan
pesawat A400M TUDM mendarat di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufri di Kota
Palu kira-kira pukul 4.50 petang waktu tempatan.
Pegawai
Memerintah 22 Skuadron yang juga juruterbang pesawat itu Lt Kolonel Baharin
Mohamad dan pembantu juruterbang Mejar Inamul Hasan Shuhaimi Basha berjaya
mendaratkan pesawat dengan muatan sebuah lori tangki minyak seberat 17 tan.
Sebelum
ini, pesawat A400M TUDM itu hanya dibenarkan mendarat di Balikpapan tetapi
hari ini pihak berkuasa Indonesia telah memberi kelulusan untuknya mendarat di
Palu.
"Pendaratan
di Palu hari ini berjalan dengan selamat dan lancar dan akan cuba lagi membawa
muatan yang lebih berat esok," kata Lt Kolonel
Baharin.
Selain
sebuah trak tangki minyak Pertamina, kelihatan beberapa tandas mudah-alih
dibawa turun daripada pesawat itu.
Untuk
misi kemanusiaan mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Palu dan Donggala yang bermula pada 4 Okt lalu, pesawat A400M telah membuat tiga penghantaran lori tangki
minyak ke Balikpapan sebelum diangkut ke Palu dengan pesawat C130H milik Indonesia.
minyak ke Balikpapan sebelum diangkut ke Palu dengan pesawat C130H milik Indonesia.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment