Friday, 15 September 2017

Zulfadhli lega sempurnakan tugasan di White House…

Jurufotografi Bernama Zulfadhli Zulkarnain lega dapat menyempurnakan tugasan pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di White House pada hari Selasa.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya dari Washington di mana beliau dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Datuk Mokhtar Hussain melaporkan mengenai pertemuan  itu.
Dalam bersiap untuk pulang ke tanahair, Zulfadhli  berkongsi pengalaman mengenai tugasan penting, berprofil tinggi itu.
“Pada awalnya sebelum PM jumpa Trump, saya sangat risau takut tak dapat capture moment tu..tapi Alhamdulillah sebelum pergi memang saya study sikit dan bila peristiwa itu berlangsung, saya lakukan yang terbaik..
“Hanya saya media Malaysia yang boleh masuk di White House, so saya perlu ambil gambar dan video dalam masa yang sama..
“Alhamdulillah, gambar dan footage video saya banyak yang pakai…
“Lega sebab tengok gambar Page 1 yang office hantar....kalau tak ada Page 1 langsung tu yang risau....
“Rasa seronok bila geng-geng media kat sini bagi feedback yang elok kepada Datuk Mok..Alhamdulillah lah..
Persiapan yang dibuatnya sebelum ke Washington banyak membantu Zulfadhli.
“Saya study macam mana  rupa White House, tanya senior yang pernah pergi...research contoh gambar.
“Tengok website photo official Trump..lepas tu ada lah check di Internet pasal pejabat-pejabat dalam tu.,” kata Zulfadhli, 24, yang menyertai Bernama baharu dua tahun lepas.
Sebelum tugasan di White House, Zulfadhli melalui pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila berdepan dengan Datuk Seri Najib.
“Saya kena tunjuk gambar Almarhum Sultan Kedah di Bernama Images sebab time PM touchdown je terus PM buat PC di hotel mengenai  kemangkatan Sultan Kedah (Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah).
Time tu sebenarnya saya menggeletar jugak sebab ramai pihak memang tumpu kat saya....tambah pulak time tu Internet betul-betul slow..PM nampak  saya shaking tapi PM memang cool lah..
“Bila dah settle part tu, geng-geng media kata saya berani…time tu saya  memang terpaksa memberanikan diri sebab saya terima arahan daripada ofis untuk dapatkan pic tu..so saya akan usaha  untuk penuhi kehendak ofis,” katanya.
“PM memang agak sedih lah dan last sekali saya rasa PM cakap "that’s a good picture"...tapi tu bukan gambar sayalah..tu gambar daripada website ..memang dari foto kita.
Tugasan itu bukanlah yang pertama baginya di luar negara tapi akan meninggalkan kenangan manis.
“Bagi saya assignment Trump memang best selain assigment Everest pada April 2016…time tu saya ikut naik sekali sampai Everest base camp cover pendaki tertua Malaysia,” katanya.
Bernama menjadi rakan media rasmi bagi usaha pendaki gunung James Lee Chong Meng, 69, untuk melakukan percubaan kali kedua menawan Gunung Everest.
Penglibatan Bernama bagi menyokong tema pendakian itu untuk mempromosi gaya hidup menua dengan sihat serta kesedaran terhadap alam sekitar.
Zulfadhli masih ingat tugasan pertama beliau di luar negara apabila membuat liputan lawatan kerja pertama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri  ke Indonesia.
Time tu ingat lagi...flight pukul 9, assignment tu diberitahu jam 6…last minute,” katanya yang bersyukur dengan perkembangan kerjayanya sejak menyertai Bernama.
"Saya paling berterima-kasih kepada senior-senior yang sentiasa memberi tunjuk ajar,  pendapat dan teguran sepanjang saya di Bernama.
"Tanpa tindakan mereka, saya pun tak belajar dan tetap duduk di takuk lama," katanya. 

No comments:

Post a Comment