“Dijemput semua warga Bernama menikmatinya...sebarang risiko adalah tanggungjawab sendiri” -- terpampang pada poster KKB mengenai acara itu.
Anggota jawatankuasa KKB Suhendri Daud menjelaskan tujuan peringatan itu.
“Kita risau sekiranya ada petugas yang makan terlalu banyak akan mengakibatkan ketidak selesaan pada badan atau perkara-perkara yang tidak diingini.”
Menurutnya, sebanyak 700kg durian dijangka disediakan oleh pembekal FAMA untuk pesta itu pada 21 September ini.
“Semua durian kahwin...D24, udang merah dan lain-lain,” katanya.
“Buah-buahan yang lain bergantung kepada pihak penaja... buat masa ini masih belum confirm,” katanya.
Dijangkakan 400 orang akan menyertai ‘pesta’ itu dengan bayaran kupon RM15 seorang.
“Peserta perlu makan di situ bagi memastikan pesta durian tu lebih meriah dan sudah tentulah program ini akan menghasilkan impak positif seperti mengeratkat lagi hubungan silaturrahim sesama kita,” kata Suhendri.
“Dikhuatiri sekiranya boleh bungkus akan ada isu tidak cukup tetapi sekiranya pada hujung pesta, buah masih ada tidak lah menjadi kesalahan untuk bungkus bagi mengelakkan pembaziran,” katanya.
No comments:
Post a Comment