
Beliau
akan berhijrah ke alam baharu dengan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka
idaman hati Lt Muhamad Syazwan Haji Alias.
“Majlis
akad nikah pada 22 Sept 2017 bersamaan 1 Muharram di Masjid Zahir Alor Setar….Hari
Jumaat, Maal Hijrah,” kata Fatin yang berkhidmat di InfoLibNews
Bernama.
Tarikh Maal Hijrah sememangnya dipilih untuk majlis akad nikah itu.
“Ya.
Fatin memang dari sekolah rendah lagi suka ikut perarakan maal hijrah. Tapi
masa tu tak faham apa-apa.
“Bila
dah masuk UIA (Universiti Islam Antarabangsa), saya mula didedahkan dengan
pengertian sebenar hijrah. Jadi sejak itu saya ambil ia sebagai satu benda yg
besar.

Keceriaan
jelas terpancar pada wajahnya semasa mengedar kad jemputan untuk majlis
perkahwinannya yang akan diadakan di rumah keluarganya di Alor Setar pada
23 September ini.
Walaupun pelbagai soalan bermain di fikiran, namun Fatin berpegang kepada pesanan ayahnya Haji Mohammad Shah Hassan agar tenang menghadapi segalanya.
Fatin
dan Syazwan sama-sama menuntut di UIA dari 2010 hingga 2014 –- Fatin dalam
bidang komunikasi manakala Syazwan lulusan bidang sains politik.
Mereka bertunang April lepas.
Majlis
keraian perkahwinan di sebelah Syazwan pula akan diadakan di Kem Perdana Sungai
Besi, Kuala Lumpur pada 30 September.
No comments:
Post a Comment