Thursday, 21 September 2017

Rezeki hujung tahun 1438 Hijrah...

Tuah menyebelahi Pengurus Unit Media dan Agensi Berita Asing Mohd Noor Atan apabila beliau memenangi hadiah utama sebuah televisyen berukuran 32 inci dalam cabutan bertuah sempena Pesta Durian anjuran Kelab Kakaitangan Bernama (KKB).
“Rezeki Allah bagi…tak sangka la kan tapi happy,” katanya yang menerima hadiah itu daripada Presiden KKB Datuk Mokhtar Hussain, yang juga Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri.
“Ha ha…of course lah terkejut,” kata beliau mengenai perasaannya apabila mengetahui mengenai kemenangannya itu.
Sambil menyifatkannya sebagai rezeki hujung tahun 1438 Hijrah, Mohd Noor berkata beliau belum pasti apa yang akan dilakukan dengan televisyen itu memandangkan TVnya yang ada di rumah lebih besar berukuran 46 inci.
Obviously not to install in my boy's room…kalau ada member minat sila pm (private message) meHahah,” katanya.
“Ada juga yang tanya tadi..tengoklah next week la decide,” katanya.
Mohd Noor berkata harga TV itu boleh disemak menerusi internet.
“Harga untuk member tak de la mahal sangat…20 percent off boleh lah,” katanya dalam nada berseloroh.
Menurutnya, sebelum ini beliau pernah memenangi hadiah cabutan bertuah.
“Masa bowling intermedia dulu ada dapat DVD player grand prize juga..sekarang DVD tu dah kumpul habuk tapi elok lagi,” katanya.
Pada keseluruhannya, pesta durian di perkarangan Wisma Bernama itu berjaya dalam keadaan cuaca yang baik walaupun ada yang risau kemungkinan hujan.
“Alhamdullillah semua berpuas hati.. Durian dan makanan lain ngam-ngam utk semua peserta,” kata anggota jawatankuasa Mohd Fikri Ahmad.
Menurutnya, bajet ‘lari’ kepada durian disebabkan harga buah itu yang melambung tinggi.
“Yang FAMA sponsor lebih kurang 100 kg manakala KKB beli 700 kg termasuk Musang King,” katanya.
Seorang petugas Bernama menyatakan bahawa tidak ada apa yang perlu di’komplen’ mengenai acara itu.
Durian or any other fruits are more enjoyable when we eat with loved ones and in this case our office friends.
“Dah la sekarang susah nak dapat durian ada pun mahal sangat
“RM15? I won't complain at all
And you get to taste cempedak goreng, pisang goreng cheese, mee sup, drinks etc.
“Durian unites Bernama staff like sports unite all Malaysians,” katanya.

No comments:

Post a Comment