Thursday, 7 September 2017

Pelan Strategik Teknologi Maklumat Bernama...

Satu mesyuarat khas Pengurusan membincangkan visi, misi ICT dan ahli pasukan bagi pembangunan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Bernama yang baharu  diadakan hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pemangku Pengurus Besar Datuk Zakaria Wahab.
Bernama perlu membangunkan PSTM untuk tempoh 3 tahun (2018 – 2020).
PSTM baru perlu disiapkan pada hujung tahun 2017.
Bernama perlu merangka pelan melalui empat komuniti atau kumpulan yang telah dilantik melibatkan Jabatan Pengarang, Jabatan Niaga, Bernama News Channel dan Bernama Radio.
Komuniti ini perlu berbincang dan membentangkan perkara tersebut melalui PSTM bagi membolehkan bajet yang dipohon mendapat kelulusan.
Empat komuniti tersebut adalah:
a)   Aplikasi dan Pangkalan Data
b)   Infrastruktur dan Keselamatan ICT
c)   Pasukan Pengurusan Perubahan dan pembudayaan ICT
d)   Tadbir Urus dan Komuniti

No comments:

Post a Comment