Tuesday, 15 August 2017

Naiktaraf Wisma Bernama...

Seorang warga Bernama meletakkan foto di atas dalam laman Instagramnya semalam berserta kapsyen: "Syahdu!! Tetiba rasa syahdu. Serius!"
Dalam maksudnya itu sehingga ada yang memberi komen: "Sekali pandang, mcm bangunan Bernama tgh renovate...tambah blok lebih tinggi."
Dari jauh, 'wajah' Wisma Bernama tidak lagi seperti dahulu dengan pembinaan kondominium setinggi 54 tingkat di sebelahnya yang naik dengan cepat. 
Malahan pemandangan ke arah banjaran Titiwangsa dari sebelah kiri Wisma Bernama kini sudah terlindung oleh bangunan tersebut.  
Namun demikian seiring keperluan semasa, usaha menaiktaraf bangunan Wisma Bernama yang kini berusia 34 tahun sedang giat dilakukan.
Pada Jumaat lepas (11 Ogos), seramai 15 orang mewakili Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah membuat lawatan ke Wisma Bernama bagi meneliti penyelenggaraan dan keadaan semasa bangunan 16 tingkat itu.
Lawatan itu berikutan permohonan Projek Menaiktaraf Bangunan Wisma Bernama yang dikemukakan oleh Bernama.
Kebetulan ketika lawatan itu, hujan begitu lebat sehingga kebocoran di bahagian kantin dapat dilihat oleh para pegawai berkenaan. 
Hasil daripada lawatan tersebut, pihak EPU menyarankan agar JKR membuat anggaran kos untuk pembaikan dan menaiktaraf bangunan ini.
Projek naiktaraf itu antara lain melibatkan keseluruhan bumbung Tingkat 2 serta siling Tingkat 1.
Semua tingkat juga akan mempunyai tandas baharu serta 'water profing untuk semua tandas'.
Sistem pendawaian seluruh bangunan juga akan diganti serta saluran paip baharu dipasang. 


No comments:

Post a Comment