Sunday, 20 August 2017

‘Bangkit Bersama’ dengan kamera baharu...

Foto FB Kamaruzaman Yaacob
Dalam aura ‘Bangkit Bersama’ Sukan SEA ke-29 yang bermula secara rasmi semalam, semangat para jurufotografi Bernama dikatakan meningkat menuju kecemerlangan dengan penerimaan kamera baharu Foto Bernama.
“Peralatan baharu yang diterima minggu lalu kini dalam proses pendaftaran aset,” kata Editor Foto Adnan Jahaya.
“Kami berharap semua jurufoto dapat menggunakan kamera yang lebih berkualiti dengan lebih selesa,” katanya. 
Setiap hari Meja foto menghasilkan purata 150 keping gambar dan adakalanya meningkat lebih 200 keping.
Foto FB Kamaruzaman Yaacob
“Harapan saya kualiti penghasilan gambar juga akan meningkat seiring dengan peralatan yang baharu itu,” katanya.
“Kamera yang digunakan sekarang sudah sampai tahap matang.  Risiko menggunakan kamera yang dah berusia lebih lima tahun ialah boleh jem tiba-tiba semasa digunakan,” katanya.
“Menjelang pilihanraya umum ke-14, semua jurufoto telah bersiap sedia untuk menggunakan kamera Nikon D5 menggantikan Nikon D4 yang telah mencapai tempoh matang penggunaannya,” kata Adnan.
Ketua Jurufotografi Zid Omar berkata peralatan baharu itu merupakan satu motivasi kepada jurufoto Bernama.
“Tetapi dalam masa yang sama, minat dan bakat perlu diasah lebih tajam untuk jurufoto menghidu news value," katanya.
“Teknologi digital bergerak dengan pantas...menu dalam kamera berubah sepanjang masa.
"Teknologi kamera kini lebih nano dan ringan. Pelbagai teknik boleh dicapai dengan adanya kemudahan dalam menu yang disediakan.
“Bersediakah jurufoto kita untuk terus belajar? Jika sudah bersedia, ayuh kita belajar kerana ilmu fotografi itu tiada noktahnya,” kata Zid. 


No comments:

Post a Comment