Wartawan Sharifah Hunaini Syed Ismail yang ditugaskan membuat berita rangkuman perbarisan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 di seluruh negara hari ini berasa bertuah diberikan tanggungjawab itu.
“Banyak saya kena study..satu-satu dari sambutan yang lepas-lepas sampailah kepada yang hari ni.
“Bila study tu saya faham..saya dapat rasa nilai-nilai merdeka tu...bukan setakat sekadar tanggungjawab nak kena hasilkan berita tapi rasanya semangat saya, cintanya saya kepada Malaysia semakin mendalam.
“Nampaknya semangat yang cuba disampaikan di Dataran Merdeka hari ini tidak ada bezanya di negeri-negeri.
Perjuangan membangunkan negara turut digambarkan dalam acara sambutan, kata Sharifah Hunaini yang berada "dua, tiga kali" di Dataran Merdeka untuk melaporkan mengenai raptai sambutan.
"Memang sebagai reporter penat sebab terpaksa berhujan dan berpanas ulang alik ke Dataran..baru-baru ini kena hujan tetapi mujur tak demam...he he he,” katanya.
Berita yang dikeluarkan Bernama menyatakan sambutan itu “Umpama menyelak helaian buku sejarah bermula daripada kemerdekaan 31 Ogos 1957”.
Stesen-stesen utama televisyen tempatan termasuk Bernama News Channel menyiarkan secara langsung persembahan tahun ini yang mengembalikan detik bagaimana tanah air dibina hasil kepayahan yang diatasi secara kebersamaan dan perkongsian kuasa oleh anak Malaysia.
Gambaran kegemilangan Malaysia setiap era di bawah teraju enam Perdana Menteri dikisahkan secara imbasan babak demi babak daripada sebuah negara yang baru merdeka kini di ambang negara maju.
Bertepatan dengan tema sambutan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan bukan sahaja terserlah pada wajah barisan kepimpinan negara tetapi juga terpancar pada peserta dan orang ramai yang membanjiri lokasi seawal 6 pagi.
Acara sambutan bermula dalam cuaca cerah pada 8 pagi dihadiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan pemimpin negara daripada pelbagai latar belakang serta ribuan orang ramai.
No comments:
Post a Comment