Wednesday, 2 August 2017

Bersedia hadapi Sukan SEA...

Bernama akan menyajikan liputan menyeluruh sepanjang penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dari 19 hingga 30 Ogos ini.
Seramai 200 petugas terdiri daripada wartawan, penyunting, jurufotografi dan jurukamera akan memberi perkembangan dari semasa ke semasa, melalui empat medium berita melibatkan Bernama Newswire, Bernama News Channel (BNC), Bernama Radio dan Portal Bernama.
Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata agensi berita ini bersedia memberikan laporan kejohanan itu termasuk mengadakan lintas langsung dari lokasi pertandingan melalui BNC dan Bernama Radio.
"Seperti juga peserta sukan berlumba-lumba memenangi pingat, saya telah menasihati petugas kita bahawa mereka harus berlumba-lumba untuk membuat liputan yang sepantas boleh iaitu cepat dan liputan yang padat.
"Yang paling penting saya meminta mereka supaya menghasilkan tulisan berita dan gambar yang disukai atau ditunggu oleh penonton dan pembaca," katanya selepas memberikan amanat kepada para petugas berkenaan di Wisma Bernama hari ini.
Setiap keputusan dan perkembangan terkini kontinjen negara akan dimuatkan dalam lama sosial Bernama seperti Facebook dan Twitter.


 

No comments:

Post a Comment