Monday, 9 October 2017

Tepuk dada tanya selera...

Kantin di tingkat dua Wisma Bernama dibuka semula pagi ini di bawah pengusaha baharu.
Premis itu ditutup selama sebulan bagi membolehkan pengusaha berkenaan membuat pengubahsuaian.
Selama ia ditutup, perkhidmatan 'food truck' menjadi gantian sementara bagi kemudahan petugas. 
Dengan pembukaan semula kantin, food truck yang ditempatkan di halaman parkir tepi Wisma Bernama tidak kelihatan lagi.
Setelah dikhabarkan bahawa pengusaha baharu itu dipilih antara lain kerana menjanjikan menu yang menarik serta harga berpatutan, tentu sekali harapan petugas adalah tinggi.
Apatah lagi dengan reputasi pengusaha itu yang mempunyai restoren serta mengendalikan kantin sebuah hospital di ibu negara.
Pembukaan semula kantin ini menjadi bualan utama di kalangan warga Bernama sehingga dibincangkan pada mesyuarat penyelarasan petang ini.
Namun maklum balas awal yang disuarakan tidak begitu menggalakkan.
Malahan ada kesimpulan dibuat bahawa perkhidmatan yang disediakan adalah 'mengecewakan'.
Pada pandangan pertama (first impression) seorang pegawai kanan bahawa tidak ada perubahan – “menu sama, deco sama, cuma tukar wallpaper”.  
Beliau turut memberi contoh nasi kerabu yang menjadi pilihannya untuk sarapan.
Walaupun ada budu dan ulam-ulamnya, namun tidak lengkap tanpa ikan celup tepung dan solok lada. Kuih-muih yang terhad juga menjadi sungutan.
Ada pula yang komplen nasi lemaknya masin.
"Nampak gayanya, kena terus pergi ke tingkat lapan," kata pegawai berkenaan merujuk kepada 'cafe' kendalian Koperasi Bernama.
Persoalan juga dibangkitkan sama ada warga Bernama harus menerima sahaja sajian pengusaha baharu kantin sedangkan kontrak diberikan adalah untuk tempoh yang panjang.
Jawapan seorang pegawai yang berkaitan jawatankuasa kantin ialah pemantauan akan dilakukan terhadap perkhidmatan yang disediakan.
Sekiranya banyak aduan diterima, ia akan dimaklumkan kepada pengusaha berkenaan.
Kantin Bernama bukan sahaja dikunjungi warga Bernama dan pelawat tetapi turut menjadi pilihan kakitangan Perpustakaan Negara yang berjiran dengan Bernama.

No comments:

Post a Comment