Wednesday, 11 October 2017

Bilik khas media ikuti perbicaraan kes Kim Jong-Nam...

Selepas seminggu berlangsungnya kes perbicaraan berhubung pembunuhan Kim Chol atau Kim Jong-nam, sebuah bilik khas disediakan untuk keselesaan pihak media membuat  liputan di Mahkamah Shah Alam.
Bilik yang mampu memuatkan 40 orang pengamal media itu turut dilengkapi sistem audio video yang memancarkan prosiding perbicaraan secara langsung yang dijalankan di Tingkat Lima bangunan utama kompleks mahkamah itu.
Bilik itu terletak di aras bawah bangunan mahkamah.
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), penyediaan bilik tersebut disebabkan tempat duduk yang terhad di dewan perbicaraan.
Sejak hari pertama perbicaraan yang bermula 2 Oktober lalu, hanya 10 anggota media tempatan dan 10 anggota media luar negara dibenarkan berada di dalam dewan perbicaraan.
Selain Bernama, RTM, AFP, Reuters dan AP yang diberi keutamaan untuk membuat liputan setiap hari, media lain terpaksa bergilir-gilir memasuki bilik perbicaraan.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment