Editor Foto Adnan Jahaya tidak terfikir
untuk mandi atau berendam di kolam air panas ketika menghadiri retreat
pengurusan Bernama yang berakhir semalam.
Bagaimanapun semasa berehat sebelah
petang sebelum menyambung semula sesi retreat, beliau memanfaatkan masa rehat
itu di kolam air panas.
“Kolam air panas adalah antara tarikan di
Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, dekat Sungkai, Perak, lokasi berlangsungnya retreat.
Mulanya berhasrat untuk menyertai
pengunjung lain yang enak berendam di kolam besar namun memilih untuk hanya
merendam kaki kerana lebih santai dan tak perlu menukar pakaian,” katanya.
Sudah lama beliau tidak merendam kaki
selepas melakukannya di kolam air panas di Uu Legong, Kedah dan di Betong yang
terletak di selatan Thailand.
Keenakan berendam kaki sebelum ini
mendorong beliau untuk mengulanginya di Felda Residence kerana kegiatan itu
menyegarkan badan dan berpeluh.
“Sesekali di sini saya terkenang amalan
merendam kaki di sebatang sungai yang sejuk airnya dan dipenuhi ribuan ikan yang
menyondol kaki dan ada yang menggigit manja.
Ikan-ikan liar itu akan menyalur
keistemewaan dengan urutan tersendiri di sungai yang terpelihara di
wilayah Nakhorn Si Thammarat.
Walaupun begitu kegiatan mandi di kolam
air panas juga tetap menyegarkan badan kerana ia tetap istimewa berbanding
mandi air panas di bilik mandi,” kata Adnan.
Di Ton Tam Resort and Spa pengunjung
djtawarkan kelainan dan di situ hanya rendam kaki di air jernih yang mengalir
lembut.
Hanya rendam dan biarkan urusan lain
dilakukan oleh ikan-ikan liar yang kebanyakannya bersaiz ikan sepat.
Untuk yang mampu menahan kegelian
digeletek ikan, pengunjung boleh berendam seluruh badan.
“Walaupun air sejuk atau panas,
sumber air semula jadi dalam apa jua suhu tetap yang terbaik,” katanya mengenai
pengalaman itu.
No comments:
Post a Comment