Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan
memohon cuti tanpa rekod untuk menunaikan umrah maksimum selama tujuh hari
iaitu sekali dalam tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Januari depan.
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan
Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Dis, perkiraan
tujuh hari itu bermula dari
tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan
ziarah di Madinah.
"Sekiranya tarikh penerbangan
bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan
am, maka perkiraan tujuh hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya,"
menurut pekeliling itu.
Cuti umrah itu tidak termasuk hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lepas mengumumkan bahawa
kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa
rekod sepanjang tempoh
perkhidmatan bagi menunaikan
umrah.
Menurut pekeliling itu, pegawai yang
memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk
menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas
urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment