Friday 8 December 2017

Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018...

Pengamal media tempatan di seluruh negara berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM90,000 yang ditawarkan menerusi Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 (AMP CIDB 2018).
Ini merupakan tahun keempat penganjuran Anugerah Media Pembinaan CIDB oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai penghargaan  kepada pengamal media tempatan.
Penyertaan telah dibuka mulai 1 Disember 2017.
Tiga kategori dipertandingkan mengikut tiga kawasan liputan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Karya-karya kewartawanan yang diterima untuk pertandingan ialah bagi tempoh terbitan dan siaran mulai 31 Julai 2017 sehingga 30 Jun 2018.
Syarat-syarat penyertaan dan borang penyertaan AMP CIDB boleh dimuat turun di www.mpi.my atau klik pautan di bawah:-
Borang Penyertaan AMP CIDB 2018
Syarat Penyertaan AMP CIDB 2018
Tarikh tutup penyertaan pada 30 Julai 2018.
Pertanyaan boleh diajukan kepada Sekretariat AMP CIDB 2018 di talian 03-20952013/2014 atau emelkan kepada:
bukitledangmpi@yahoo.com
nurramizah_mpi@yahoo.com.my
norlida_mpi@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment