Sunday 24 December 2017

Antara keperluan dan kemahuan…

Satu perkara yang sering menjadi bahan bualan ialah kos sara hidup. Pelbagai pandangan dikemukakan mengenai isu ini serta cadangan bagi menanganinya.
Ada yang beranggapan bahawa isu ini membabitkan soal antara keperluan dan kemahuan seseorang.
Ia sebenarnya merupakan kos gaya hidup seiring dengan naluri keinginan yang meningkat.
Maksud keperluan:
- Keperluan merupakan kepentingan asas yang diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan. Keperluan terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup pada tahap minimum.
- Keperluan asas merupakan keperluan yang wajib dan mesti dipenuhi untuk meneruskan kehidupan.
- Keperluan terdiri daripada:
a) keperluan asas
b) keperluan sampingan
- keperluan asas terdiri daripada:
a) makanan- untuk pertumbuhan tubuh badan dan kesihatan
b) pakaian- untuk melindungi tubuh badan
c) tempat tinggal- untuk melindungi daripada keadaan cuaca dan binatang buas

Maksud kemahuan/kehendak:
- Kehendak adalah keinginan terhadap barang  perkhidmatan untuk hidup dengan lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal (tahap minimum) serta dapat meningkatkan taraf hidup.
- perbezaan kehendak antara individu dipengaruhi oleh faktor umur, jantina, cita rasa, pekerjaan, dan pendapatan.
- cirri-ciri kehendak manusia adalah:
a) kompleks dan tidak terhad
b) sukar dipuaskan
c) sentiasa berubah

Keperluan

Kemahuan
Barang dan perkhidmatan yang perlu untuk terus hidup. Contoh, makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
Barang dan perkhidmatan yang memberi keselesaan dan keseronokan.  Contoh kereta mewah, kolam renang

Mudah dipuaskan kerana setiap manusia mempunyai paras keperluan yang sama.

Tidak dapat dipuaskan dengan sepenuhnya
Keperluan manusia adalah tetap, semua manusia mempunyai keperluan yang sama

Kehendak manusia berubah –ubah mengikut citarasa dan kemampuan
Keperluan manusia adalah terbatas.

Kehendak manusia berubah –ubah mengikut citarasa dan kemampuan



No comments:

Post a Comment