Mengenali siapa kita amat penting untuk merangka strategi dan gerak kerja menghadapi masa depan.
“Kalau kita tidak kenal siapa kita, kita
akan buat kerja yang bukan kerja kita,” kata Pengurus Besar Datuk Zulkefli
Salleh dalam amanat pada permulaan retreat dua hari di Felda Sungai Klah.
Cabaran yang dihadapi termasuk penglibatan masyarakat yang mengambil-alih tugas organisasi berita seperti
Bernama sebagai pelapor berita.
Ini ekoran kemunculan era digital yang melahirkan
internet dengan membuka ruang kepada orang ramai menjadi wartawan yang
dikenali sebagai citizen journalism.
Banyak akhbar juga kini menumpukan kepada
online, fungsi yang dahulunya dilakukan oleh agensi berita.
Dalam menghadapi cabaran ini, Bernama perlu
pantas untuk menyalurkan maklumat.
Jika Usain Bolt mencipta nama kerana
kepantasan lariannya, masa depan Bernama juga bergantung kepada kepantasan kita
melaporkan berita.
Bernama tidak hanya bersaing dengan
man-in-the-street yang muncul sebagai citizen journalists tetapi juga portal berita
yang turut menampilkan video sebagai tarikan.
Datuk Zulkefli turut mencadangkan penubuhan
Meja Advertorial yang diketuai oleh seorang editor untuk mengemaskini liputan berita-berita
mengenai pelanggan Bernama.
Beliau juga mahu Bernama menghasilkan
berita-berita yang boleh dipasarkan ke luar negara.
No comments:
Post a Comment