Kunjungan Perdana Menteri dan Presiden
Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ke ruang operasi BERNAMA untuk liputan
Perhimpunan Agung UMNO ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menceriakan para
petugas BERNAMA.
Ketua Jurufotografi Zid Omar menceritakan
mengenai detik itu.
“Sudah tentu saya dan semua 15 orang
jurufotografi dan tiga penulis kapsyen merasa bangga kerana PM saban tahun akan
singgah di Meja Foto untuk melihat hasil karya fotografi BERNAMA.
Tempat pertama yang PM singgah ialah di
Meja Foto kerana kedudukan kami yang strategik di pintu masuk.
Kehadiran PM sudah tentu menceriakan
semua petugas Bernama.
Beliau begitu sporting dan enjoy
melihat foto-foto yang kami pamer sama ada di dinding mahupun pada layar desktop
Mac.
PM begitu teruja melihat foto-fotonya
yang bersahaja dan jelas penghasilannya sehingga Ketua Pengarang Bernama Datuk
Zakaria Abdul Wahab menyatakan penghasilan foto yang cantik itu adalah daripada
upgrade teknologi kamera yang terkini.
PM turut memuji foto-foto yang
dihasilkan.
Dia cakap cantik dan dia suka foto-foto yang
saya tunjukkan.
PM spend masa lama juga melihat
aksi dan gelagat foto-foto beliau bersama naib-naib presiden yang mesra dan
bersesuaian dengan latar belakang merah yang menceriakan.
PM sudi tanda tangani dua keping foto sebagai
kenangan Perhimpunan Agung UMNO 2017.
Pada perhimpunan kali ini, saya membawa lapan
orang jurufotografi yang pertama kali membuat liputan persidangan Umno.
Ini bermakna lebih separuh orang baharu supaya mereka dapat menimba pengalaman dengan idea-idea baharu untuk menghasilkan foto yang berkualiti.”
Ini bermakna lebih separuh orang baharu supaya mereka dapat menimba pengalaman dengan idea-idea baharu untuk menghasilkan foto yang berkualiti.”
No comments:
Post a Comment