Friday 9 August 2013

Nostalgia Syawal...

Berhari raya di kampung mudah mencuit perasaan khususnya bagi mereka yang lama merantau. 
Kenangan zaman kanak-kanak malahan semasa remaja menyambut 1 Syawal bersama-sama keluarga dan rakan sebaya dapat mententeramkan jiwa.
Ketika itu, Facebook dan internet langsung tidak dapat dibayangkan  dan amalan kunjung mengunjungi rumah rakan sebaya lebih agresif menggunakan tenaga – berbasikal, berjalan kaki dan menaiki bas.
“Sesungguhnya banyak kenangan singgah dalam kesyahduan Syawal,” kata Puan Melati Arieff, penulis rencana Bernama yang gigih.
Beliau membuat catatan itu dalam ruangan Facebook Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh, yang pulang berhari raya di Kedah.
Bagi seseorang yang sentiasa ‘berurusan’ dengan ‘hard news’, jiwa puitis Datuk Zulkefli amat terserlah dengan nukilan berikut:
“Tetiba aku terkenang belas tahun bantu ibu kacau dodol kesukaannya pd senja Syawal. Kini kawah dodolmu diam tertangkup dah 10 thn. Karatnya semakin menebal. Kayu pengacau bertaji besi tergantung kaku, sekaku batu nisan di pusara mu. Kebok laksa dari tembaga buatan kesayanganmu naik hijau sebam disaluti oksida, sehijau rumput di kuburmu. Aku rindu pd bahang api, pd titisan keringat ditubuhku..tanda kasih, bakti.”


No comments:

Post a Comment