Saturday 3 August 2013

Kad kahwin menjelang Raya .....

Di sebalik kiriman kad Raya menjelang Aidilfitri, penyunting visual kanan Perkhidmatan Audio-visual Mohd Awal Ibrahim sibuk mengedarkan kad jemputan majlis perkahwinan puterinya yang akan berlangsung 1 September ini.
“Tak dapat nak gambarkan betapa seronoknya perasaan kerana majlis-majlis seperti  ini memberi kesempatan untuk berjumpa kawan-kawan lama selain keluarga dan sanak saudara,” katanya.
Nurizzati, anak sulungnya  yang kini bertugas dengan Infolib Bernama, memilih Mohd Hafiz Rasid, jejaka  dari Pasir Mas, Kelantan sebagai pasangan hidup.
Majlis perkahwinan akan diadakan di Kompleks Sukan Dato' Keramat, Jalan Dato' Keramat, Kuala Lumpur.
Mengikut aturcara majlis, jamuan makan dari 11.30 pagi hingga 4 petang manakala majlis bersanding pukul 1.30 petang.
Awal dan isterinya Khairiyah Ab.Rahman memilih  dewan itu untuk mengadakan majlis berkenaan kerana ia mudah dicari oleh  sanak saudara dan rakan taulan.
“Sebut saja tempat itu, pencetak kad pun dah tahu lokasinya,” kata Awal.
Beliau menyertai Bernama pada tahun 1998 ketika perkhidmatan AV baru ditubuhkan.  
Sebelum itu , Awal  telah berkhidmat selama 14 tahun di TV3.
“Mungkin ada yang tertinggal dan  tak sempat saya nak bagi kad jemputan tapi silalah datang.
“Kalau ada kawan-kawan yang baca blog ini, datanglah.
“Kawan-kawan lama ni penting,  inilah masa untuk kita berjumpa semula…tambahan pula  dalam suasana Hari Raya,” kata Awal.

No comments:

Post a Comment