Ini
susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan
kerja dan keluarga.
Penaung
Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye berkata Kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lepas menujukkan 29 peratus
rakyat Malaysia mengalami depresi dan gangguan kecelaruan berbanding 12 peratus
pada 2011.
"Kebanyakan
orang mendapati sukar untuk menguruskan masalah yang mereka hadapi di tempat kerja dan tidak mampu mengendalikan
stres, dan keadaan lebih sukar apabila individu itu berdepan masalah daripada
anggota keluarga dan tidak mendapat sokongan emosi.
"Terdapat
peluang lebih tinggi bahawa seseorang itu akan hanya berdiam diri dan memendam
emosi apabila mereka tidak mencari cara untuk meluahkan kekecewaan mereka,”
katanya dalam kenyataan hari ini.
Lee
berkata penyelidikan oleh pakar berhubung kadar depresi dalam kalangan rakyat
Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 50 peratus pesakit depresi
dari 2011 sehingga 2015.
Oleh
itu, rakyat perlu menangani penyakit ini dan membangunkan strategi pencegahan
dan program efektif dalam mengendalikan
kesejahteraan mental.
Antara
langkah untuk mencegah depresi dan kecelaruan adalah dengan bersenam secara
konsisten, tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari dan mengelakkan platform
media sosial seperti WhatsApp sekurang-kurangnya 45 minit sebelum masuk tidur, katanya.
Menurut
Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, depresi dan kecelaruan
boleh dirawat jika dikesan awal.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment