Berat
baginya meninggalkan Bernama yang telah mengajar beliau erti tanggungjawab dan
menyemai semangat kekeluargaan.
“Hari
ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat di Bernama setelah hampir 11 tahun 3 bulan,”
kata Essan Yahya, 33, penerbit dan hos
program Ruang Bicara di Bernama News Channel (BNC).
Beliau
mengakui banyak ilmu yang dikutip sambil mencipta berjuta kenangan dan membina
persahabatan selama berada di Bernama.
Bermula
sebagai wartawan Bernama Radio pada 1 Jun 2007 semasa awal penubuhannya, beliau
kemudian menjadi seorang peneraju.
Daripada
seorang Penerbit Kanan, Essan ditukarkan semula menjadi Wartawan Kanan di Unit
Berita Bernama Radio.
Kira-kira
setahun 2 bulan yang lalu, beliau ditugaskan menjadi Penerbit Program Ruang
Bicara dan Hos.
Beliau
juga menyumbang tenaga sebagai Pengajar untuk Kursus Berhadapan dengan Media
yang disertai wakil jabatan, institusi kerajaan dan swasta yang terlibat dengan Media.
“Banyak
pengalaman yang tidak ternilai di Bernama, bekerjasama dengan unit dan Jabatan
lain seperti ketika menganjurkan Hawana (Hari Wartawan Nasional), UlangTahun ke-50
Bernama, Media Showcase dan banyak
lagi.
“Bernama
seperti keluarga…bukan sahaja tempat mencari rezeki tetapi sebagai tempat
menyemarakkan silaturahim.
“Banyak
peluang dan ruang saya perolehi di Bernama termasuk pengalaman, peningkatan
kerjaya dan peluang-peluang lain yang tidak ternilai.
“Sesungguhnya,
memang berat untuk saya meninggalkan Bernama,” kata Essan yang menerima tawaran
sebuah stesen penyiaran sebagai cabaran baharu.
Hari
ini juga merupakan kali terakhir beliau meneraju Carta Tular di Bernama Radio
bersama Wan Syahrina.
“Pergi
bukan meninggalkan tetapi pergi membawa pengalaman.
“Terima
kasih Bernama,” kata Essan yang diraikan dalam majlis perpisahan serta
Ulangtahun ke-11 Bernama Radio.
Turut
hadir Anggota Majlis Penyeliaan Bernama, Datuk Syed Jamil Jaafar yang juga
Mantan Penasihat Bernama Radio dan bertanggungjawab mengasaskan stesen radio
itu ketika menjadi Pengurus Besar.
No comments:
Post a Comment