Ketua
Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab berkata, sebelum ini Pusat
Kecemerlangan agensi ini hanya
menyediakan latihan kepada kakitangan Bernama sahaja, namun kini bercadang melebarkan peranannya memandangkan terdapat
permintaan daripada agensi kerajaan dan badan korporat.
"Delegasi
dari Sudan hari ini diketuai Pengarah Global Innovation Training Centre
Malaysia Abdel Mutal Mohamed telah menyatakan hasrat mereka mengenai perkara
itu. Mereka berminat untuk mendapatkan khidmat kita (Bernama).
“Menerusi
Bernama School of Journalism, kita akan latih mereka yang berminat. Mungkin
buat permulaan, kita akan sediakan modul secara berperingkat dan bekerjasama
dengan mana-mana universiti,” katanya selepas menerima kunjungan delegasi itu
di Wisma Bernama hari ini.
Menurutnya,
khidmat yang diperluaskan itu dapat menjana pendapatan tambahan kepada agensi
berita yang berusia lebih 50 tahun itu.
“Sudah
tentu kita kenakan bayaran kepada mereka yang berminat mendapatkan latihan.
Selain jana pendapatan, kita dapat tingkatkan taraf pusat kecemerlangan
Bernama,” katanya.
Zakaria
berkata sudah tiba masanya Bernama memperluaskan khidmat latihan kepada pihak
luar setelah sekian lama menyimpan hasrat itu dengan mengambil kira pelbagai
aspek.
“Idea
ini bukan yang baharu, cuma kita tiada kepakaran sahaja. Kini kita akan
teruskan hasrat itu dengan memberi latihan berkaitan kepada pengamal media
khususnya latihan berkaitan penulisan dan penyiaran.
No comments:
Post a Comment