“Semoga
sambutan Hari Kebangsaan ke-61 ini meningkatkan lagi kesedaran dan keinsafan
kita dalam menghargai kemerdekaan negara. Ini kali pertama saya meraikan Hari
Kebangsaan di negara orang. Terasa amat menyentuh perasaan! Bukan semua warga
dunia mempunyai negara yang Merdeka, antaranya rakyat Palestin dan suku kaum
Rohingya. Betapa bertuahnya kita! Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 ini,
saya nukilkan sebuah catatan untuk dihayati oleh anak cucu tersayang ketika
menunggu masuknya waktu isyak di kota suci Makkah ini.
Nota Merdeka Dari Makkah
Merdeka itu bukan sekadar
laungan
bukan juga hanya acara
kemegahan
tetapi
adalah kejayaan dan anugerah
dari sebuah perjuangan penuh
bersejarah
para wira bersemangat waja
yang tabah mengharungi medan
derita
menentang penjajah berhati
durjana
maka
dalam gegak gempita
sambutannya
hayatilah dengan sepenuh jiwa
bajailah pohon keinsafan
supaya rendang dan penuh
kekuatan
agar langkah tidak tersasar
maruah tidak lagi tercalar
kerana musuh berada di
mana-mana
petualang menyusup di segenap
ruang
untuk menodai pusaka warisan
di bumi bertuah tinggalan
ibunda
--Shamsudin
Puteh
Makkah
No comments:
Post a Comment