Ketua
Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk
Zulkefli Salleh menyampaikan sumbangan itu kepada Timbalan Pengerusi Surau
Al-Wardah, Hasazalan Abu Zarin yang menyifatkan tajaan tersebut akan
memeriahkan lagi ibadah korban anggota kariahnya yang menetap di sekitar
Apartment Mawar Sari, Keramat AU3.
"Saya
yakin 20 ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menguruskan korban tahun ini
akan lebih bersemangat dan ceria apabila memakai baju T ketika melakukan
kerja-kerja sempena korban nanti," katanya ketika majlis penyerahan
sumbangan tersebut di Wisma Bernama.
Menurut
Hasazalan, tahun ini juga lebih meriah kerana kariah mereka akan mengorbankan
lima ekor lembu dan akan melakukan kesemua korban tersebut pada hari raya
pertama.
"Oleh
kerana lembu yang dikorbankan pada tahun ini bertambah, kita jangka lebih ramai
akan menerima daging korban iaitu lebih 350 agihan keseluruhan di mana 70 hingga 80 bungkus bagi setiap ekor lembu,”
katanya.
Dalam
pada itu, Zulkefli berkata, sumbangan
baju-t tersebut diharap memanjangkan pahala korban kepada semua yang terlibat
dalam urusan korban di surau tersebut pada tahun ini.
"Pemilihan
warna biru gelap ini pula diharap memudahkan petugas yang melapah daging di
mana mereka tidak perlu bimbang jika baju mereka kotor dengan percikan
darah.
"Kita
juga harap baju T yang memaparkan lambang Bernama akan membawa imej Bernama
yang hanya memaparkan berita benar dan sekali gus memupuk kebolehpercayaan
masyarakat terhadap produk Bernama iaitu menghasilkan berita yang benar,"
katanya.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment