Sebuah syarikat pemaju hartanah hari ini mengemukakan cadangan untuk pembangunan bersama tanah Bernama di Cyberjaya.
Tanah
seluas 2.47 hektar itu telah dibeli oleh Bernama dengan harga RM5.1 juta pada
tahun 2003.
Nilai
semasa dianggarkan RM11.7 juta.
Syarikat
pemaju itu, Rotol-AMS Bumi Technologies Sdn Bhd., merancang
membangunkan dua blok bangunan berkonsep SOHO (small office home office),
masing-masing setinggi 16 dan 13 tingkat.
Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab serta anggota jawatankuasa pengurusan Bernama hadir pada pertemuan dengan syarikat berkenaan.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Rotol Datuk Seri Garry Chua.

No comments:
Post a Comment