“Saya
cukup terharu kerana berpeluang turut serta dalam misi kemanusiaan Bank Rakyat
di Kemboja ini,” katanya.
Menurutnya,
sebagai negara yang pernah bergolak dengan peperangan, kehidupan rakyatnya
memang jauh lebih susah.
Kembara
di bawah Program Sinar Aidiladha 1439H anjuran bank itu dijalankan sejak empat
tahun lepas dan menjadi simbol persaudaraan masyarakat Islam Malaysia dan
Kemboja.
Program
itu melibatkan 108 lembu dan 45 kambing korban yang memberi manfaat kepada
kira-kira 7,000 penduduk dari 45 mukim dalam Wilayah Kampot.
Korban
itu adalah sumbangan warga kerja Bank Rakyat dengan kerjasama Yayasan Assyafie
dan Surau Al Barakah Bank Rakyat.
“Saya
bangga dengan sumbangan rakyat Malaysia yang simpati dengan rakyat Kemboja
khasnya saudara sesama Islam,” kata Amrizan.
Beliau
dimaklumkan oleh Ketua Hal Ehwal Islam Wilayah Kampot Ly Sary bahawa masyarakat
Islam di Kampot amat terhutang budi kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah
lupa untuk membela nasib mereka.
Wilayah
itu mempunyai kira-kira 30,000 penduduk Islam, kebanyakkannya petani dan
nelayan.
Melihat
keadaan di sana, Amrizan berkata beliau amat syukur dengan apa yang dinikmati
di Malaysia.
“Amat
besar harapan saya untuk melihat Malaysia kekal aman dan terus maju.
“Peperangan
tidak akan membawa erti kerana ia lebih kepada menghancurkan sesebuah negara
itu sendiri.
“Seperti
apa yang berlaku di Kemboja, peperangan telah memusnahkan negara itu sendiri,” katanya
yang ditemani jurufoto Hazim Mohammad.
Mereka
tiba di Phnom Penh pada pukul 5 petang semalam dan terus menaiki bas ke Kampot
yang mengambil masa lima jam.
Kampung
Keh dalam wilayah Kampot, tempat acara itu, terletak kira-kira 150 km dari
Phnom Penh.
“Disebabkan
banjir, banyak jalan rosak dan kami terpaksa ikut laluan jauh.
“Perjalanan
kami hari ini pun terbatas…tak dapat ke dua lagi kampung disebabkan jalan
dinaiki air dan rosak,” kata Amrizan.
“Selepas
misi di Kampung Keh, Kampot hari ini, esok kami akan balik ke Phnom Penh dan bergerak
ke jeti penempatan penduduk nelayan Sungai Tonie Sap/Mekong untuk agihan beras,”
katanya.
No comments:
Post a Comment