Dengan lima hari lagi menjelang Hari Kebangsaan 2018, sesi raptai giat dijalankan bagi memastikan acara sambutan pada 31 Ogos ini berjalan lancar.
Tinjauan Bernama sejak awal pagi ini mendapati Dataran Putrajaya di Presint 2, meriah dengan sesi latihan anggota pasukan pancaragam, tarian dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Putrajaya menjadi lokasi utama sambutan tahun ini bertemakan "Sayangi Malaysiaku".
Latihan penuh sambutan akan bermula pada pagi esok yang turut melibatkan pertunjukan udara oleh 54 aset udara ATM antaranya helikopter, pesawat pejuang dan pesawat pengangkut.
Raptai penuh acara sambutan Hari Kebangsaan 2018 akan diadakan pada Selasa ini.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment