Penyunting
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) Haji Shamsudin Puteh mencatatkan pengalaman
bersarapan pagi di Tanah Suci.
Oleh kerana kebanyakan tempat
penginapan jamaah haji Malaysia di Makkah tidak menyediakan sarapan, maka setiap
kali selepas solat subuh, masing-masing sibuk mencari makanan.
Perkara ini tidak menimbulkan
masalah sekiranya ada wang.
Sudah menjadi pemandangan
biasa di sini, setiap pagi, penduduk tempatan yang terdiri daripada mereka yang
berketurunan Melayu Pattani, menjaja makanan untuk keperluan para jemaah.
Oleh itu, mereka tidak perlu
meronda jauh-jauh mencari makanan untuk sarapan.
Walaupun rasanya tidak sama
seperti yang terdapat di tanah air, tetapi cukuplah untuk memenuhi selera dan
melepaskan kerinduan kepada masakan Melayu.
Antara makanan yang dijual
ialah nasi lemak, nasi berlauk (di sini disebut nasi ikan), nasi himpit, pulut
ikan masin, karipap, buah melaka dan sebagainya.
Buah-buahan segar juga dijual
seawal pukul 5 pagi.
Kebanyakannya dijual pada
harga SR5 sebungkus. Kalau dibandingkan harganya dengan di Malaysia, boleh
dianggap mahallah dari segi kuantiti.
Tetapi, itulah hakikat yang
perlu diterima.
Bagaimanapun, pagi ini saya
pilih roti dengan dal kacang kuda untuk sarapan.
Inilah antara rencah kehidupan
di kota suci ini setiap pagi.
No comments:
Post a Comment