Wednesday, 8 November 2017

Gotong royong bersih pejabat...

Sepasukan petugas dari Ibupejabat digerakkan segera ke Pulau Pinang bagi membersihkan pejabat biro Bernama yang dilanda banjir paling buruk dalam sejarah negeri itu.
Pegawai Tadbir Bahagian Harta, Shahrul Azim Rambli berkata mereka bergotong royong membasuh, mengemas dan membaiki sendiri kesan banjir tersebut.  
“Kontraktor nak charge kita 6k (RM6,000), so kita buat sendiri,” katanya mengenai kerja pembersihan itu yang melibatkan petugas dari Bahagian Harta, pemandu, aset  serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Selain Shahrul, para petugas itu ialah Md Noor Osman (Harta), Noor Hafifee  Nasir (Harta), Idris Abd Rani (Pemandu), Auzan Ayub (TMK), Noor Akma Azira (Aset) dan dibantu saudara Azhar dari Bahagian TMK, Biro Kedah.
“Kami bergerak dari Bernama jam 9.30 pagi semalam dan sampai ke destinasi pada jam 3.30 petang,” katanya.
Kesukaran yang dihadapi untuk kerja pembersihan itu termasuk  barang yang terlampau banyak di pejabat itu.
“Kami terpaksa mengalihkan yang berat untuk mengeluarkan semua karpet yang ada…
“Risikonya kami terpaksa matikan semua cable utama bekalan elektrik untuk memeriksa satu-satu bagi memastikan agar tiada cable yang rosak kerana khuatir akan ada litar pintas,” kata Shahrul.
“Karpet tak boleh diselamatkan, berbau busuk dan dah tak boleh dibasuh.
“Untuk operasi sementara, kami terpaksa keluarkan karpet dan basuh lantai agar pejabat Biro dapat beroperasi buat sementara waktu,” katanya.
Beliau berkata kerja pembersihan dijangka mengambil masa dua hari setengah.
“Sampai esok, maybe petang kami dah balik Bernama,” katanya.
Menurut Shahrul, ada cadangan agar pejabat biro itu, yang berada dalam kawasan banjir, berpindah segera.
Ketua Biro, Sharifah Nurliza Syed Mohammad berkata beliau “lega sangat-sangat” dengan kehadiran para petugas dari ibu pejabat itu untuk membantu kerja pembersihan.
Beliau tidak menolak kemungkinan banjir akan berulang kerana kawasan itu memang kawasan banjir.
“Hujan lebat, kat depan dah naik air,” katanya.





No comments:

Post a Comment