Sunday, 16 July 2017

TERBAIK!

Konvoi 1 Jiwa Bernama menjadi sejarah sebagai ekspedisi bermotosikal berkumpulan yang pertama pernah dilakukan oleh Bernama untuk menjelajahi seluruh Semenanjung.
Sesuai dengan matlamat  untuk menyemarakkan sambutan Ulangtahun ke-50 Jubli Emas Bernama,  konvoi itu telah berkunjung ke semua pejabat biro Bernama bagi berkongsi kemeriahan sambutan dengan warga Bernama di setiap negeri.
Mereka juga bertemu dengan para petugas veteran di negeri-negeri dengan membawa mesej bahawa jasa "otai-otai" tetap dikenang dalam Bernama meraikan ulangtahun ke-50.
Perjalanan meliputi hampir 2,400km bermula 8 Julai di Wisma Bernama dan berakhir semalam untuk tempoh lapan hari.
Pelbagai pengalaman pahit manis dilalui peserta dalam mengharungi perjalanan hujan dan panas, merentasi jelapang padi, lautan, bukit-bukau, lebuhraya serta laluan berliku.
Berkat kecekalan dan kesabaran, konvoi mengandungi 15 bermotosikal berkuasa tinggi serta empat kenderaan pengiring menamatkan misi dengan jaya.
Sesungguhnya satu perkataan yang dapat disimpulkan bagi kejayaan ini ialah -- TERBAIK!

8 Julai - Wisma Bernama
8 Julai - Konvoi bermula
9 Julai - Biro Perak
9 Julai - Biro Pulau Pinang
10 Julai - Biro Kedah
11 Julai - Biro Perlis
11 Julai - Biro Kelantan
12 Julai - Biro Terengganu
12 Julai - Biro Pahang
13 Julai - Biro Johor
14 Julai - Biro Melaka
15 Julai - Biro Negeri Sembilan

15 Julai - Wisma Bernama

*Catatan perjalanan

Konvoi 1 Jiwa Bernama menjelajahi hampir 2,400 km Semenanjung Malaysia dari 8 hingga 15 Julai 2017.

8 Julai   (Sabtu)    -   Wisma Bernama - sekitar Kuala Lumpur

9 Julai   (Ahad)     -   Kuala Lumpur - Ipoh - Pulau Pinang

10 Julai  (Isnin)     -   Pulau Pinang - Bukit Mertajam - Alor Star - Kangar

11 Julai  (Selasa)  -   Kangar - Kota Bharu

12 Julai  (Rabu)    -   Kota Bharu - Kuala Terengganu - Kuantan

13 Julai  (Khamis) -  Kuantan - Johor Bahru

14 Julai  (Jumaat) -  Johor Bahru - Melaka

15 Julai  (Sabtu)  -   Melaka - Seremban - Wisma Bernama

No comments:

Post a Comment