![]() |
Satu daripada dua kenderaan Kembara Inspirasi Haji mengisi petrol semasa berada di bandar Yong Deng dalam Wilayah Gansu (China) |
Daripada Abdul Rahman Ahmad di bandar Yong Deng dalam Wilayah Gansu (China)
Selepas menempuh 6,000 kilometer perjalanan, kedua-dua kenderaan pacuan empat roda yang digunakan Kembara Inspirasi Haji terpaksa dibawa untuk pemeriksaan dan penyelengaraan sebelum para peserta meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.
Menurut Muhammad Shahuri Zainuddin, seorang peserta yang juga mekanik bagi kembara itu, penyelengaraan kenderaan harus dibuat bagi memastikan kedua-duanya dalam keadaan baik dan selamat untuk meneruskan perjalanan.
Beliau berkata tayar kedua -dua kenderaan itu tidak perlu ditukar dengan yang baharu kerana tayar-tayanya masih dalam keadaan baik.
Peserta lain dalam pada itu terpaksa menunggu dengan sabar sehingga kerja-kerja penyelengaraan siap.
Kos penyelengaraan kedua-dua kenderaan itu ialah kira-kira RM250 sahaja.
Muhammad Shahuri juga bertanggungjawab terhadap penjagaan kenderaan-kenderaan kembara setiap kali rombongan kembara singgap bemalam di mana-mana tempat penginapan.
Kembara Inspirasi Haji akan meneruskan perjalanan ke Kumul melibatkan jarak perjalanan 700 km yang dijangka mengambil masa lebih 9 jam.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment