Saturday, 15 July 2017

Seremban persinggahan terakhir konvoi Jelajah 1 Jiwa Bernama...

Konvoi Jelajah 1 Jiwa Bernama singgah di Seremban -- perhentian terakhir, sebelum meneruskan perjalanan untuk menamatkan program mengelilingi Semenanjung di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, petang ini.
Konvoi yang disertai 15 motosikal berkuasa tinggi itu tiba kira-kira 11.30 pagi di pejabat Biro Bernama Negeri Sembilan di Taman Seri Rahang untuk jamuan tengah hari, selepas memulakan perjalanan dari Melaka, awal pagi ini.
Ketibaan konvoi yang diketuai Ketua Meja Jenayah Bernama Amrizan Madian disambut Ketua Biro Negeri Sembilan Mohd Hisham Abdul Rafar dan petugas lain.
Ini disusuli penyampaian sumbangan kepada petugas Bernama Negeri Sembilan dan pesara Bernama Razali Pilus, 61.
Razali menerima sumbangan daripada Amrizan
disaksikan Hisham (tiga dari kanan)
Hisham berkata biro Negeri Sembilan begitu seronok menerima kunjungan konvoi itu bagi sama-sama meraikan sambutan ulang tahun ke-50 Bernama.
“Apa yang pasti semua petugas biro sangat gembira dengan kunjungan mereka malah kunjungan itu nampaknya berjaya menyentuh jiwa setiap petugas Bernama untuk terus komited dan bersemangat tinggi bagi memastikan Bernama terus relevan," katanya.
“Meskipun lawatan itu singkat tapi jelas di wajah petugas biro gembira menerima kunjungan itu.
“Ini kali pertama biro Negeri Sembilan menerima kunjungan petugas ibu pejabat seramai itu..agak meriah dan bising juga biro pada hari ini berbanding sebelum ini..
“Tahniah kepada penganjur dan petugas Bernama yang menjayakan program ini.
“Lawatan sebegini perlu diteruskan kerana nampak dapat menyuntik semangat petugas...dan merapatkan lagi hubungan di kalangan petugas Bernama di HQ dan juga Biro sesuai dengan slogan Bernama 1 Dream 1 Team,” katanya.
“Bagi pesara seperti Razali Pilus sudah pasti memori ini satu kenangan manis buatnya kerana beliau antara orang yang diraikan,” kata Hisham.
Sempena lawatan itu, biro menyediakan jamuan makan tengah hari bihun, ayam masak pedas (mengikut citarasa Negeri Sembilan yang agak pedas) dan juga buah-buahan..

No comments:

Post a Comment