Sunday 8 June 2014

Selamat pengantin baru ...



Tahniah kepada wartawan Meja Sukan Zuriati Zulmi dan Samihah Mohamed dari Meja Bahasa Arab yang mengadakan majlis perkahwinan masing-masing hari ini.

Zuriati, yang melangsungkan perkahwinan dengan Muamar Zainal Asyiqim Mohd Nasir, mengadakan resepsi yang penuh meriah di rumah keluarganya di Bandar Darul Aman, Jitra. 

Ramai rakan sepejabat hadir termasuk mereka yang dikatakan ‘berkonvoi’ dari ibu negara.

 
Suasana juga meriah pada majlis yang diadakan oleh Samihah di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Samihah dan pilihan hatinya Ibrahim Ariffin mula berkenalan semasa zaman persekolahan.

No comments:

Post a Comment