Thursday 26 June 2014

Elmi harungi cabaran baharu ...


Sejak lima bulan lepas, saudara Elmi Rizal Elias berada di Jakarta menggalas tanggungjawab baharu sebagai pewarta Bernama di republik itu.
“Dari segi kerja OK tetapi banyak yang perlu saya fahami,” kata Elmi, 43, yang berasal dari Kulim , Kedah.
Antara liputan awal yang dilaporkannya ialah mengenai Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia, April lepas.
“Walaupun melibatkan ramai orang, Pemilu itu berjalan aman…di luar pusat pengundian, ada konsert-mini, seolah-olah pesta…memang meriah,” katanya.
Tumpuannya kini kepada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden pada 9 Julai ini.
Elmi, yang menyertai Bernama pada tahun 1998, bersyukur kerana diberi  kepercayaan oleh Bernama untuk berkhidmat di luar negara.
Selain kerjasama Bernama dengan Antara yang terjalin sekian lama, beliau gembira dengan usaha Bernama untuk memperluaskan hubungan dengan organisasi media di Indonesia.
“Radio Bandung yang begitu terkenal akan bekerjasama dengan Bernama Radio24 dan kita boleh jangkakan nanti siaran langsung dari Bandung,” kata Elmi yang pulang singkat ke tanahair atas urusan kerja.
Dalam suasana Ramadan yang semakin hampir, Elmi sekali lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di luar negara.
“Bagi saya berhari raya di perantauan bukanlah sesuatu yang baharu melainkan bagi keluarga saya,” kata Elmi yang membawa bersama keluarganya ke Jakarta.
Isterinya Puan Noraini Ya’cub, seorang pustakawan, mengambil cuti tanpa gaji untuk menemani Elmi.
Mereka mempunyai empat orang anak lelaki berusia 4, 7, 13 dan 15 tahun – kesemuanya baru mendaftar persekolahan di sana.
Tahun lepas, Elmi menyambut 1 Syawal di Guangzhou, China kerana membuat liputan Kejohanan Badminton Dunia.
Elmi, ketika itu Ketua Meja Sukan,membuat liputan berkenaan bersama-sama jurufoto Haji Zid Omar.



.

No comments:

Post a Comment