Thursday 19 June 2014

AKRAB Bernama wakili kementerian pada konvensyen kebangsaan ....


AKRAB Bernama mendapat penghormatan mewakili AKRAB Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke-5 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Shah Alam hari ini.
Konvensyen itu bertemakan ‘AKRAB Agen Tranformasi Perkhidmatan Awam’.
Dengan memakai baju AKRAB, kehadiran empat anggota AKRAB Bernama nyata terserlah.
Mereka adalah Puan Noor Fishah Osman, Encik Khairul Annuar Abdul Majid, Puan Hasnita Hj Ibrahim dan Cik Masfaliza Masmuda.



Pertama kali diadakan pada tahun 2010, konvensyen itu menghimpunkan ahli-ahli AKRAB dari seluruh negara yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
Melalui konvensyen itu, para ahli AKRAB dapat bertukar-tukar fikiran serta berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan perkhidmatan membimbing yang dijalankan di agensi masing-masing.
Konvensyen itu juga menjadi wadah yang sesuai bagi kepemimpinan AKRAB untuk berkongsi visi dan hala tujudengan semua ahli AKRAB selaras dengan matlamat terkini perkhidmatan awam secara keseluruhannya. Objektif konvensyen
  1. Meningkatkan kefahaman terhadap proses transformasi
  2. Meningkatkan kesedaran terhadap proses transformasi
  3. Meningkatkan komitmen dalam menyokong transformasi organisasi.   
Konvensyen dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah JPA (Operasi) Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA Dr Abd Halim Mohd Hussin membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Transformasi Perkhidmatan Awam’.

No comments:

Post a Comment