Tuesday, 7 March 2017

Mengenali personaliti melalui lukisan 'HTP'...

Seperti biasa setiap Selasa, Bilik AKRAB di tingkat 1, Wisma Bernama dibuka dari pukul 1 hingga 2 petang untuk dikunjungi warga Bernama.
Ia selaras peranan AKRAB atau Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam yang berkonsepkan rakan membantu rakan.
Setiap minggu dua ahli AKRAB bertugas di bilik itu yang antara lain bertujuan menyediakan tempat bagi warga Bernama berkongsi pengetahuan yang dapat meningkatkan prestasi kerja serta mendapat bimbingan mengatasi sesuatu tekanan.
Timbalan Pengerusi AKRAB Bernama Puan Sharifah Zaini Syed Zain, yang bertugas hari ini, berkongsi pengetahuan mengenai teknik mengenali personaliti melalui lukisan 'House-Tree-Person (HTP) atau 'Rumah-Pokok-Orang' dengan beberapa individu yang menjadi tetamu hari ini.
Mereka diminta melukis rumah, pokok dan orang di atas sekeping kertas bersaiz A4 dalam masa lima belas minit. Pensel dan pemadam disediakan.
Walaupun mungkin ringkas, lukisan yang dihasilkan dapat memberikan interpretasi terhadap personaliti seseorang.
Saiz serta kedudukan rumah dalam lukisan juga dapat mencerminkan sikap serta keyakinan diri individu berkenaan.
Malah rumah yang tidak mempunyai tingkap serta garisan-garisan yang dilukis pada rumah akan menceritakan perwatakannya.
Rumah yang mempunyai pintu dan tingkap mencerminkan sikap seseorang yang terbuka dan mudah bergaul manakala individu yang gemar menyendiri biasanya tidak meletakkan pintu dan tingkap pada rumah lukisannya.
Pokok pula boleh memberikan tafsiran dengan melihat bentuk, dahan, buah, daun serta akar yang dilukiskan. 
Bagi lakaran orang pula, saiz badan serta kedudukan orang dalam lukisan berkait dengan watak serta jiwa pelukisnya.
Inisiatif 'Bilik AKRAB' itu dimulakan pada 12 Ogos 2014 dan kebetulan Sharifah Zaini serta rakan bertugasnya hari ini, Ahmad Zukiman Zain merupakan gandingan pertama berkenaan. 


No comments:

Post a Comment