Friday, 3 March 2017

Baju T Benita sempena Jubli Emas Bernama laris ...

Baju T keluaran Persatuan Suri dan Anggota Wanita BERNAMA (Benita) sempena Jubli Emas Bernama mendapat sambutan menggalakkan.
Hari pertama jualan sahaja sebanyak 50 helai baju dijual, setiap satu berharga RM32.
Hingga kini, saiz 'S' habis terjual. Saiz paling besar ialah 2XL.
Pengerusi Benita Datin Rohana Mustaffa berkata pengeluaran baju T itu merupakan satu percubaan untuk melihat sambutannya.
"Kita ingat saiz kecil kurang sambutan tetapi ternyata ia yang paling laris," katanya.
Beliau berkata tempahan tambahan mungkin dibuat sekiranya banyak permintaan diterima.
Ini termasuk permintaan agar baju lengan panjang juga ditawarkan. 
Menggunakan bahan mikrofiber, baju itu 'sejuk dan selesa' dipakai.
Editor Meja Foto Adnan Jahaya adalah antara pembeli yang amat berpuas hati dengan baju itu.
"Warnanya sesuai dengan warna Bernama...kainnya lembut.
"Membeli baju ini mengingatkan kepada usaha Bernama yang mencapai 50 tahun, apatah lagi dengan ada logo ulangtahun Jubli Emas," kata Adnan yang membeli baju saiz 'M' daripada Penolong Setiausaha Benita Wan Nor Azriyana Wan Ali.
Katanya, beliau akan memakai baju itu apabila berkunjung ke Pesta Angin Timur di Padang Telela, 16km dari Kangar hujung minggu ini.





No comments:

Post a Comment