Thursday, 9 March 2017

Bernama tetap di hati...

Mesyuarat penyelarasan majlis ulangtahun Bernama hari ini diselubungi kesyahduan seketika dengan deklamasi pantun yang menyentuh hati.  
Ia ditulis oleh wakil Jawatankuasa Surau Mohd Hanafiah Omar yang membacakannya sejurus sebelum mesyuarat yang dipengerusikan Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh itu tamat.
Setelah mendengar pantun tersebut, Datuk Zulkefli menyatakan hatinya tersentuh dan merasakan ia juga dapat meninggalkan kesan kepada hadirin jika dipersembahkan pada majlis makan malam itu yang dijadualkan pada 22 Mei ini.  
Inilah pantun tiga rangkap itu:

Bernama Tetap Di Hati

Sejak 1967 Bernama ditubuhkan
Sehingga sekarang dikenali orang
Ada yang telah pergi menemui Tuhan
Jasa dan budi orang dulu tetap dikenang

Dulu mesin taip sekarang komputer
Wartawan dulu dan sekarang amat berbeza
Mari bersama bersatu warga kerja 
Berbilang bangsa Bernama tetap berjaya


Terima kasih warga kerja dulu, kini dan selamanya
Yang berusaha menaikkan imej Bernama ke peringkat antarabangsa
Selamat ulangtahun Bernama ke-50 yang amat bermakna
Ikhlas dari budak pejabat 1985 Bernama tetap di hati sentiasa 

1 comment: