Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Bernama, yang bakal menyambut ulang tahun ke-50 pada 22 Mei ini, berupaya menangani kemelut sumber berita tidak sahih.
"Tahniah sambutan Bernama yang ke-50. Ketersohoran Bernama sebagai agensi berita rasmi nasional cukup 'credible' (wibawa) dalam kemelut sumber berita tak sahih," katanya menerusi Twitter beliau hari ini.
Bernama, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967, mula beroperasi pada Mei 1968.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment