Wednesday 3 May 2017

Bernama Agensi Berita Paling Dipercayai, kata Ketua Menteri Melaka

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan kekal di hati rakyat sebagai sebuah agensi berita yang paling dipercayai di negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata ini kerana Bernama sejak sekian lama telah melaporkan berita yang dipercayai untuk rakyat dan menjadi wadah rujukan buat rakyat di negara ini.
"Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Bernama yang sentiasa mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia di atas sifatnya sebagai satu agensi berita dipercayai di negara kita.
"Selamat menyambut ulang tahun ke-50, saya percaya Bernama akan tetap kekal Bernama atas sifat bekalkan berita yang boleh dipercayai... tahniah dan syabas," katanya kepada Bernama di Melaka hari ini.
Bernama, yang bakal menyambut ulang tahun ke-50 pada 22 Mei, ini merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment