Kemeriahan sambutan ulangtahun Bernama ke-50 dirasai dalam program Ekspresi Negaraku yang diadakan di Kelantan hari ini.
Program itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di Pasir Putih.
Sepertimana program berkenaan yang telah diadakan di Putrajaya, Sungai Petani, Kuala Kangsar dan Sandakan, Bernama turut membuka ruang pameran untuk mempromosikan maklumat dan perkhidmatannya kepada para pengunjung.
Ia juga membolehkan Bernama berkongsi sambutan Jubli Emas dengan masyarakat.
Dalam kunjungannya ke ruang pameran Bernama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid telah menyelesaikan 'jigsaw puzzle' logo sambutan ulangtahun ke-50 itu.
Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab kemudiannya menyampaikan sekeping foto Bernama kepada Timbalan Perdana Menteri.
Turut hadir pada program itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
No comments:
Post a Comment