Sunday, 16 April 2017

Sahabat Bernama sejati...

Dari kiri: Roslina, Juliana, Nasriah dan Nin Zairani (foto Nin Zairani) 
Persahabatan yang terjalin di Bernama terus mekar bagi empat rakan wanita walaupun telah lama meninggalkan agensi berita ini.
Malahan ikatan persahabatan mendorong mereka untuk bersama-sama mengembara ke luar negara.
Dalam catatan di Facebook, Nin Zairani Mohd Ali menyatakan syukur kerana berpeluang melihat "keindahan, keajaiban semuanya daripada Allah".
"Bermusafir melihat kebesaranNYA..saujana mata memandang...Alhamdulillah diberi rezeki dan kesihatan yg baik....diberi pula sahabat sahabat Juliana Omar, Roslina Atan dan Nasriah Darus yang memeriahkan suasana," katanya dalam catatan hari kedua lawatan ke Greece. 
Mereka kini berada di Macedonia.
Nin dan rakan-rakannya yang beliau namakan "ex-Bernama geng" tiba di Athens pada 14 April untuk memulakan percutian itu.
Mereka merupakan wartawan handalan semasa berkhidmat dengan Bernama. 
Antara empat sahabat itu, hanya Nasriah yang masih berkhidmat dengan Bernama sebagai Timbalan Ketua Penyunting, Meja Penyuntingan Bahasa Malaysia, Perkhidmatan Berita Ekonomi.
Keakraban mereka jelas terpancar daripada foto-foto yang dimuat-naik oleh Nin di Facebook.
Semasa memasuki Macedonia dengan bas, Nin menyatakan mereka 'disambut' dengan pemandangan yang mengagumkan.
"Alhamdulillah ..Subhanallah....siapa kita utk menidakkan kebesaranNYA... Allahuakbar," katanya.


 


No comments:

Post a Comment