Tuesday, 25 April 2017

Jom Baca Buku 10 Minit

Sempena Hari Buku Sedunia yang disambut 23 April lalu, Perpustakaan Bernama, InfoLibNews menganjurkan program Jom Baca Buku Untuk 10 Minit untuk mempromosikan budaya membaca dalam kalangan petugas Bernama.
Menerusi program itu, petugas Bernama yang hadir ke perpustakaan berhenti sebentar dari melakukan sebarang aktiviti untuk membaca apa juga bahan bacaan selama 10 minit.
Program itu dirasmikan Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab di Infolib hari ini.
Pengurus InfolibNews Hasnita Ibrahim berkata program itu merupakan sokongan kepada usaha yang dijalankan pada peringkat kebangsaan oleh Perpustakaan Negara serta persatuan pustakawan Malaysia dalam menggalakkan aktiviti membaca.
Sebagai sebuah perpustakaan, sebuah pasti peranan InfolibNews menyokong tabiat membaca.
Ia juga berusaha mengumpul seberapa banyak bahan-bahan bacaan menerusi program Baca Bersama Bernama (3B) untuk membantu golongan kurang bernasib baik mendapatkan bahan bacaan.

  

No comments:

Post a Comment