Saturday, 22 April 2017

Perjalanan konvoi Jubli Emas dirangka...



Tanpa melengah masa, penganjur konvoi bermotosikal jelajah Semenanjung sempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas Bernama telah merangka perjalanan yang dicadang bermula pada 13 Mei dan berakhir 20 Mei ini. 
 "Atas kesempatan itu kita mohon kerjasama semua Biro Benama di setiap negeri untuk maklumkan kepada kita senarai veteran-veteran Bernama termasuk bekas Stringers di negeri masing-masing untuk sama-sama kita raikan sempena 50 Tahun Bernama," kata wartawan Amrizan Madian yang mempelopori inisiatif tersebut. 
Menggunakan tagline "Sayangi yang baru... ingati yang lama..", konvoi itu dinamakan "Jelajah 1 Jiwa Bernama".
 Cadangan tarikh kembara itu ialah:

13 Mei -- Wisma Bernama-Putrajaya-Shah Alam

14 Mei -- Kuala Lumpur-Ipoh-Alor Star

15 Mei -- Alor Star-Kangar-Georgetown

16 Mei -- Georgetown-Kota Bharu

17 Mei -- Kota Bharu-Kuala Terengganu-Kuantan

18 Mei -- Kuantan-Johor Bharu

19 Mei -- Johor Bharu-Melaka

20 Mei -- Melaka-Seremban-Kuala Lumpur

22 Mei -- (Malam sambutan 50 tahun) Gimik ketibaan konvoi di Dewan Felda Kuala Lumpur. 
Tarikh Jelajah bagi Sarawak dan Sabah akan ditetapkan kemudian.
Amrizan berharap mendapat kerjasama biro untuk menjayakan acara itu yang telah dipersetujui pada mesyuarat jawatankuasa Majlis Makan Malam Sambutan Ulangtahun ke-50 Jubli Emas Bernama, Khamis lepas.
Amrizan dibantu oleh Pengurus Pemasaran Foto Mohd Farhan Mustafa dan Siti Amirah Mohd Noor untuk mengendalikan program itu yang mensasarkan 15 motosikal 150cc ke atas.
“Ada ramai yang berminat tapi takut ketua jabatan tak beri pelepasan...kita akan buka kepada rakan media lain untuk sama-sama meriahkan acara ini jika perlu untuk lengkapkan 15 buah motosikal atau lebih..," kata Amrizan.
Usaha mengumpul  maklumat mereka yang berminat sedang dilakukan sehingga Ahad untuk urusan mendapatkan pelepasan ketua jabatan masing-masing.


No comments:

Post a Comment