Saturday, 1 April 2017

Muammar bersyukur dikurnia cahayamata...

Kehadiran cahayamata sulung membawa sinar keceriaan bagi Eksekutif Editorial Meja Bahasa Arab Muammar Eusouffi Zainol Abidin sekeluarga.
Beliau bersyukur isterinya Diyana Ahmad selamat melahirkan putera sulung mereka seberat 3.2kg di Hospital Shah Alam pada pukul 8.25 pagi ini.
"Perasaan gembira yang tidak boleh digambarkan dengan bercampur perasaan cemas menguruskan dari awal sampai ke akhir.
"Lagi-lagi ini adalah 1st time...tak ada pengalaman langsung...nasib baik ada nurse yang baik tunjuk ajar," katanya.
Muammar berkata pengalaman tersebut betul-betul mencabar beliau dan mengakui berat bahunya memikul amanah itu.
"Tentang nama, masih tak dapat lagi dan saya ada masa tujuh hari untuk fikirkan...hehehe.
"Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan...semoga anak ini menjadi insan yang bertaqwa dan menjadi penyejuk mata kedua ibubapa serta keluarga," katanya. 
Isterinya sedang menunggu penempatan (posting) sebagai pegawai perubatan di hospital.
"Dia baru saja tamat belajar bidang perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir," kata Muammar yang telah mendirikan rumahtangga hampir dua tahun dua bulan.
"Waktu dia mengandung, ujian yang besar kami hadapi adalah perhubungan jarak jauh... dia masih belajar di tahun akhir dan saya kerja di Bernama," kata Muammar, 28, manakala isterinya 27 tahun.
Muammar, yang berkelulusan sarjana muda pengajian Islam dan bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, Mesir,  sudah bekerja di Bernama hampir 10 bulan.
"Saya suka dengan kerja saya disebabkan bidang terjemahan dan media, lagi-lagi dalam bahasa Arab...Alhamdulillah, di Bernama ada peluang-peluang itu," katanya.
Hampir 11 tahun beliau hidup di Mesir sejak di sekolah menengah di Buuth International School sehingga tamat universiti.

No comments:

Post a Comment