Sunday, 23 April 2017

50 skuter iringi peserta Jelajah 1 Jiwa Bernama...



Bersempena dengan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Bernama,  sebanyak 50 buah skuter akan mengiringi peserta Jelajah 1 Jiwa Bernama pada majlis pelepasan 13 Mei ini.
Beberapa kelab skuter dari Kuala Lumpur dan Selangor telah menyatakan kesudian untuk sama-sama memeriahkan program tersebut yang bermula di Wisma Bernama. 
Peneraju program Amrizan Madian mengadakan perjumpaan dengan kelab-kelab berkenaan malam tadi untuk menerangkan mengenai acara itu.
Konvoi itu akan mengiringi para peserta Jelajah 1 Jiwa ke pejabat Bernama Putrajaya dan Bernama Selangor di Shah Alam.
Majlis pelepasan konvoi itu dijangka disempurnakan oleh Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang bersama Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh di perkarangan Wisma Bernama.
Objektif program tersebut bertujuan memberi peluang kepada  kakitangan Bernama di seluruh negara untuk sama-sama merasai kemeriahan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bernama.
Ia juga untuk merapatkan hubungan kakitangan Bernama selain menghargai bekas-bekas petugas Bernama yang telah bersara dan menetap di seluruh negara.
Program itu melibatkan 15 penunggang motosikal (Scooter 250cc/superbike) daripada Bernama. 
Angka 15 dipilih sebagai mewakili 14 negeri dan Wilayah Persekutuan di mana letaknya pejabat Biro Bernama.
Program jelajah itu diharap dapat mencapai segala objektif untuk menjadikan Bernama sebagai agensi berita yang unggul dan cemerlang selepas 50 tahun menempuh pelbagai cabaran sebagai peneraju utama dalam menyampaikan maklumat serta dasar kerajaan kepada rakyat.  




1 comment: