Sunday, 2 April 2017

Kenangan indah di Tasik Kenyir...


Amazing. Wonderful. Superb.
Inilah antara perkataan yang disebut oleh sebahagian besar para peserta “Jom Derak ke Kenyir” anjuran Kelab Kakitangan Bernama (KKB).
Masing-masing mempunyai kenangan indah untuk diceritakan mengenai pengalaman dalam program tiga hari dua malam itu yang berakhir hari ini.
Bagi Pembantu Tadbir Bahagian Sumber Manusia Suhendri Daud, keindahan alam yang sukar  dilihat di tempat lain serta air terjun yang cantik meninggalkan kesan mendalam kepadanya .
Pengalaman bermain bersama ikan kelah juga amat menarik dan menyeronokkan.
“Yang paling menarik bersantai di atas bot bersama rakan-rakan sambil menikmati keindahan sekeliling.
“Bersantai sambil bersembang berkenaan sejarah pembuatan Tasik Kenyir dengan minum minuman panas yang disediakan.
“Cekodok juga menjadi kegemaran di atas bot,” katanya.
“Karaoke pada malam hari turut menceriakan suasana,” kata Suhendri.
Selain itu, aktiviti memancing turut diadakan bagi pemancing dan hasil tangkapan dimasak di atas bot.
“Ikan lampam dan baung kalau tak silap saya,” katanya mengenai ikan yang banyak ditangkap.
Para peserta bergerak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang dan singgah di Losong bagi mendapatkan buah tangan.
Amazing journey,” kata Suhendri mengenai lawatan tersebut.
Pengurus Unit Pemasaran Foto Mohd Farhan Mustafa berkata pengalaman itu juga tidak mungkin dilupakan.
Wonderful,” katanya.
“Pengalaman menarik ialah sewaktu berada di santuari kelah…bermain dan memberi makanan kepada ikan-ikan yang jinak,” katanya.
Keindahan semulajadi tasik itu  dapat  “merehatkan minda, hilang rasa stres bekerja”, katanya.
“Saya bersama TKP (Timbalan Ketua Pengarang) Datuk Mokhtar Hussain  dan lima peserta lain berjaya berenang dari satu bot ke satu bot lagi….jauh juga saya rasa… 500 ke 800 meter.
“Kami saja mencabar mental kami…Alhamdulillah berjaya,” kata Farhan yang pertama kali berkunjung ke tasik itu..
Farhan berkata fokus kunjungannnya itu lebih kepada ‘networking’ dan beliau dapat berkenalan dengan beberapa pegawai pelancongan.
Tahun ini merupakan Tahun Melawat Terengganu 2017

No comments:

Post a Comment