Thursday, 6 April 2017

Menjadi sebahagian daripada sejarah...

Persidangan Dewan Rakyat mencipta rekod baharu hari ini setelah berlangsung hampir 20 jam bermula 10 pagi semalam hingga 5.05 pagi ini. 
Penangguhan sidang mesyuarat itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, diluluskan dengan undian suara majoriti.  
Pada 2015, Dewan Rakyat mencipta rekod persidangan terpanjang selepas ditangguhkan pada 4.25 pagi mengatasi rekod sidang sebelumnya pada 3.21 pagi.  
Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus. 
Cukai Pelancongan 2017 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai pelancongan ke atas mereka yang menginap di premis  pelancongan di Malaysia. 
Faizal Hassan, antara wartawan Bernama yang membuat liputan persidangan yang panjang itu, menganggapnya sebagai tanggungjawab dan amanah.  
Beliau berkongsi pengalaman itu di Facebook dengan catatan:
"Sejarah tercipta untuk Dewan Rakyat! Dan aku, Shahrizad Sharer, Balqis Jamaludin menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah! Majulah Malaysia!!' 
Empat wartawan lagi ialah Nik Nurfaqih Nik Wil, Yasmin Ahmad Zukiman, Siti Radzeah Rahmat dan Anis Amira Hj Zamani.
Bagi wartawan yang pernah membuat liputan persidangan Dewan Rakyat, pulang lewat selepas tengah malam untuk melaporkan pembentangan rang undang-undang turut dirasai.  


No comments:

Post a Comment